Pages

Rabu, 24 Disember 2014

S Rosdestvom Christoviyem!



Selamat Hari Natal.... Vesela Koleda!


Kebetulan hari ini adalah hari kelahiranku. Tidak kisahlah ia adalah kelahiran dewa Mitra, Jesus atau kelahiran sesiapa sekali pun. Aku sentiasa berharap agar masa depanku cerah dan sentiasa diberkati-Nya. Oleh itu, aku mendengar bacaan-bacaan suci bagi mengambil iktibar dan pengajaran.
 
Baiklah, bacaan pujian dalam video di atas berasal dari Gereja Ortodoks Bulgaria. Aku tidak pasti gereja yang mana satu. Judul bacaan pujian ini adalah Immanuel bermaksud, Tuhan itu selalu bersama dengan kita. Pemilik gambar di atas adalah fresco hasil dari kamera milik Barbara Weibel yang beliau ambil di Biara Rila. Ia dimuat naik dalam laman beliau, Hole in the Donut: Cultural Travel pada 26 Disember 2013.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Sakit Kepala


Lagu ini dinyanyikan dalam bahasa Russia oleh penyanyi dari negara bekas Kesatuan Soviet. Negara penyanyi ini iaitu Uzbekistan telah mencapai kemerdekaan dari Russia dan ia terletak dalam Asia Tengah. Aku baru mengetahui maksud judul lagu ini "U Meña Golova Bolit" yang bermaksud seperti "Kepalaku Sakit". Penari latarnya itu kurang menarik perhatianku kerana aku tidak berminat sangat dengan tarian namun aku rasa sebutan bahasa Russia penyanyi ini boleh menjadi cerminan untuk penutur bahasa Russia sebagai bahasa kedua kerana beliau adalah seorang Turki-Eurasia. Kumpulan penyanyi ini dikenali sebagai Bojalar Guruhi dalam bahasa Turki-Uzbekistan.
 
Aku akan mencari lagi lagu Russia sama ada dari Russia atau bekas jajahannya di lain masa. Jumpa lagi rakan-rakan sekelian!

Agama Kepercayaan Orang Slav

 
Orang Slav seperti juga penduduk di rantau lain dunia, bukan merupakan penganut asal agama Nasrani atau Islam. Mereka menganuti agama-agama keturunan Abraham ini hasil dari kegiatan mubaligh Nasrani dan pendakwah Muslim di rantau lain.
 
Bacaan Awal
Tambahnkan bacaan lanjut lagi bagi mendapatkan pengetahuan dan pengetahuan yang kukuh berkenaan topik ini.

Khamis, 24 Julai 2014

Sebab Mempelajari Bahasa Russia

 
Jadi, setiap orang itu pastilah mempunyai motif mereka sendiri. Aku bukan membuat keputusan untuk belajar bahasa Russia ini hanya bagi mengisi masa lapang. Jadi, berikut adalah antara sebab yang menyebabkan aku tergerak untuk mempelajari bahasa Russia...
  • Aku ingin mengetahui pandangan hidup orang Russia dan mendengar berita dari perspektif mereka kerana aku sudah bosan dengan tumpuan hanya diberikan kepada Barat dan China. Amerika Syarikat dan Britain pun ok sahaja namun aku rasa lebih baik aku membuka fikiran aku kepada banyak lagi perkara yang melampaui kedua-dua negara ini.
  • Bahasa Russia tidak banyak dipelajari di negara aku kerana penduduk di sini lebih memberi tumpuan kepada bahasa Inggeris yang menjadi bekas penjajah di kebanyakan negeri di Malaysia atau mungkin condong mempelajari bahasa Cina kerana berasa bahawa China adalah kuasa besar dunia. Aku tak mahu mempelajari perkara yang sudah banyak dipelajari orang di negaraku ini.
  • Aku telah nyatakan dalam beberapa masukan bahawa bahasa Russia mempunyai ruang lingkup penutur yang luas sekali. Melalui bahasa Russia, kita boleh mempelajari bahasa dan kebudayaan lain yang berada dalam pengaruh Russia seperti bahasa Uzbek, bahasa Kazakh, bahasa Parsi dan bahasa Slav yang lain di Eropah Timur serta Eropah Tengah. Hal ini kita tidak dapat lakukan hanya dengan bahasa Inggeris.
  • Aku ingin menjelajahi kebudayaan Slavic dan ilmu mereka menerusi salah satu cabang bahasanya iaitu bahasa Russia.
  • Bahasa Russia adalah salah satu daripada enam bahasa utama UN dan Russia sendiri merupakan negara yang mempunyai kuasa veto dalam UN sama seperti Amerika Syarikat dan China. Dunia sekarang dipenuhi dengan peperangan dan persaingan dari segenap penjuru jadi aku berasa bahawa kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. 
Aku rasa itu sahajalah sedikit daripada motivasiku ingin sekurang-kurangnya tahu berbahasa Russia jika tidak fasih pun. Bagaimana pula dengan kamu? Adakah kamu berminat mempelajari bahasa Russia? Kongsilah dengan aku jika berkesempatan, ya. Selamat maju jaya semua! 

Rabu, 23 Julai 2014

Huruf Cyrillic


 
Video oleh gadis ini kelihatan agak membantu. Ia adalah dalam bahasa Russia. Pilih salah satu bahasa Slav dan rasanya bahasa Russia adalah bahasa Slav yang paling banyak sekali digunakan di Asia Tengah, Asia Timur Laut dan Eropah Timur. Sferanya agak meluas jadi lebih baik aku cuba mempelajarinya bagi mendapatkan manfaat...

: D

 

Sumber Video: Antonia Romaker, Youtube Channel

Untuk maklumat lanjut berkenaan video di atas, sila berhubung dengan pemiliknya seperti yang dinyatakan pada sumber di atas. Terima kasih.

Isnin, 21 Julai 2014

Latihan Menulis Bahasa Russia

Priviet!

Aku mendapat idea untuk belajar bahasa Russia hasil dari melihat video-video mengenai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang pada ketika dahulu pernah aku kagumi. Kini, aku tidak mengagumi pertubuhan itu lagi namun aku masih berasa bahawa bahasa Russia adalah merupakan bahasa yang penting di dunia.
 
Jadi, halaman ini aku buka untuk tujuan mengumpulkan nota-nota dan jurnal berkenaan dengan Russia serta kebudayaannya dalam bahasa Melayu. Mungkin ada halaman lain yang turut berbuat perkara yang sama namun hal itu bukan masalah besar pun kerana ia mungkin akan menjadi permulaan bagi penyebaran bahasa Melayu ke pentas dunia serta hubungan antar-budaya dalam kalangan masyarakat dunia.
Yang di atas itu adalah latihan penulisan dari halaman Learn Russian for Free (klik di sini untuk mengaksesnya) dan ia merupakan halaman terbaik setakat ini yang pernah aku temui. Sekiranya terdapat penambahan maka aku akan membuat tambahannya di sini. Sekian, terima kasih atas kesudian menjadi catitan aku, wahai Google.  

Senarai Perkataan Slav Purba

Cuba berjinak-jinak dengan bahasa Russia dan bahasa Balkan di Eropah Tengah dan Eropah Timur. Berikut adalah antara senarai perkataan yang digunakan dalam bahasa Slav purba.
 
Uxo Telinga
Ogeny Api
Ryba Ikan
Gnezdo Sarang
Oko Mata
Golva Kepala
Roka Tangan
Nokty Malam
Tvarog Dadih
Voda Air
Tlŭkŭ Penterjemah
Pramŭ Barge

Perkaitan dengan Bahasa Asing

Aku dapat mengesan sedikit persamaan antara bahasa Slav purba dengan bahasa Caucasus purba di benua kecil India serta bahasa Eropah. Contohnya seperti berikut:
  • Ogeny (Api) hampir serupa dengan Agni dalam bahasa Sanskrit.
  • Voda, serupa dengan Water dalam bahasa Inggeris.
  • Nokty, hampir serupa dengan Night (Inggeris), Noche (Sepanyol) dan Noite (Portugis).
  • Oko (Mata), serupa dengan Ojo (Sepanyol) dan Auge (Jerman).
Sekurang-kurangnya ia membuatkan kita lebih mudah untuk mempelajari bahasa Russia atau bahasa-bahasa Balkan di Eropah Timur, kan?