Pages

Memaparkan catatan dengan label gereja ortodoks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gereja ortodoks. Papar semua catatan

Rabu, 24 Disember 2014

S Rosdestvom Christoviyem!



Selamat Hari Natal.... Vesela Koleda!


Kebetulan hari ini adalah hari kelahiranku. Tidak kisahlah ia adalah kelahiran dewa Mitra, Jesus atau kelahiran sesiapa sekali pun. Aku sentiasa berharap agar masa depanku cerah dan sentiasa diberkati-Nya. Oleh itu, aku mendengar bacaan-bacaan suci bagi mengambil iktibar dan pengajaran.
 
Baiklah, bacaan pujian dalam video di atas berasal dari Gereja Ortodoks Bulgaria. Aku tidak pasti gereja yang mana satu. Judul bacaan pujian ini adalah Immanuel bermaksud, Tuhan itu selalu bersama dengan kita. Pemilik gambar di atas adalah fresco hasil dari kamera milik Barbara Weibel yang beliau ambil di Biara Rila. Ia dimuat naik dalam laman beliau, Hole in the Donut: Cultural Travel pada 26 Disember 2013.

Isnin, 21 Julai 2014

Perayaan St. Cyril dan St. Methodius Bersaudara


 
Hmm, kelihatan agak rumit juga...

Walaupun sedikit sahaja dikenali di Malaysia, tarikh 24 Mei setiap tahun adalah merupakan hari cuti kebangsaan yang penting di negara-negara Eropah Timur. Ia adalah hari perayaan Huruf Cyrilic atau dirujuk juga sebagai Hari Saint Cyril dan Methodius. Rujukan lain adalah seperti Hari Huruf, Kebudayaan dan Pendidikan atau Hari Budaya dan Kesusasteraan Slavonic.
 
Huruf ini digunakan oleh lebih daripada 250 juta orang serta oleh lebih daripada 50 bahasa termasuklah bahasa Belarusia, Bulgaria, Kazakh, Macedonia, Russia, Serbia, Ukrain dan banyak lagi. Huruf ini dikembangkan pada awalnya di Bulgaria pada abad ke-9 masihi dan merebak menjadi asas kepada huruf bahasa lain, yang mengubahnya mengikut bahasa tempatan mereka.
 
Penciptaan huruf Cyrilic ini adalah sangat penting kerana ia mencerminkan kebebasan kebudayaan masyarakat Eropah Timur. Pada saat kesukaran, huruf ini menjadi alat pemeliharaan bahasa, sejarah, penulisan dan juga jatidiri mereka. Perayaan ini bukan sahaja mewakili huruf Cyrilic namun ia turut merayakan kebudayaan Slav dan Eropah Timur. Biasanya perayaan ini akan diikuti oleh perarakan dan majlis di mana sekolah-sekolah akan dihiasi dengan bunga serta gambar Saint Cyril dan Saint Methodius bersaudara.
 
Rencana pendek ini ditulis untuk kemaskini semula masukan ini pada 22 Mei 2021 pada jam 12.25 pagi. Selamat menyambut Hari St. Cyril dan Hari Kesusasteraan kepada rakan-rakan ahli Jemaah Gereja Ortodoks di seluruh dunia! 
 
Kredit Gambar: FontSmith