Pages

Isnin, 21 Julai 2014

Latihan Menulis Bahasa Russia

Priviet!

Aku mendapat idea untuk belajar bahasa Russia hasil dari melihat video-video mengenai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang pada ketika dahulu pernah aku kagumi. Kini, aku tidak mengagumi pertubuhan itu lagi namun aku masih berasa bahawa bahasa Russia adalah merupakan bahasa yang penting di dunia.
 
Jadi, halaman ini aku buka untuk tujuan mengumpulkan nota-nota dan jurnal berkenaan dengan Russia serta kebudayaannya dalam bahasa Melayu. Mungkin ada halaman lain yang turut berbuat perkara yang sama namun hal itu bukan masalah besar pun kerana ia mungkin akan menjadi permulaan bagi penyebaran bahasa Melayu ke pentas dunia serta hubungan antar-budaya dalam kalangan masyarakat dunia.
Yang di atas itu adalah latihan penulisan dari halaman Learn Russian for Free (klik di sini untuk mengaksesnya) dan ia merupakan halaman terbaik setakat ini yang pernah aku temui. Sekiranya terdapat penambahan maka aku akan membuat tambahannya di sini. Sekian, terima kasih atas kesudian menjadi catitan aku, wahai Google.