Pages

Pengenalan Agama Slavic

Orang Slav Selatan yang kemungkinannya berdiam di Semenanjung Balkan semasa abad ke-6 sehingga abad ke-7 masihi bersempadan dengan Empayar Byzantine di selatan kemudian dipengaruhi oleh agama Kristian Ortodoks Timur. Hal ini bermula dengan penciptaan sistem tulisan bahasa Slavic (yang awalnya Glagothic dan kemudian Cyrilic) pada tahun 855 oleh Saint Cyril dan Saint Methodius bersaudara. Penerimaan agama Kristian di Bulgaria berlaku sekitar tahun 863 masihi. Orang Slav Timur pun mengikuti jejak langkah orang Slav Selatan dengan menganuti agama Kristian pada tahun 988 masihi bermula dengan Volodymyr Agung dari Kiev, Rus.

Proses kristianisasi orang Slav Barat berlaku secara bertahap dan lebih rumit. Orang Moravia menerima agama Kristian seawal tahun 831 masihi,para duke Bohemia mengikutinya pada tahun 845 masihi. Kemudian, orang Pole menganuti agama Kristian pada tahun 966 masihi serentak dengan orang Sorb. Orang Slav Polabia pula menganuti agama Kristian Katolik Romawi bermula abad ke-12 masihi sehingga seterusnya. Bagi orang Sorb dan orang Slav Polabia, proses kristianisasi ini berlangsung bersamaan dengan proses asimilasi mereka ke dalam kebudayaan Jerman.