Pages

Memaparkan catatan dengan label russia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label russia. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Ogos 2014

Sakit Kepala


Lagu ini dinyanyikan dalam bahasa Russia oleh penyanyi dari negara bekas Kesatuan Soviet. Negara penyanyi ini iaitu Uzbekistan telah mencapai kemerdekaan dari Russia dan ia terletak dalam Asia Tengah. Aku baru mengetahui maksud judul lagu ini "U Meña Golova Bolit" yang bermaksud seperti "Kepalaku Sakit". Penari latarnya itu kurang menarik perhatianku kerana aku tidak berminat sangat dengan tarian namun aku rasa sebutan bahasa Russia penyanyi ini boleh menjadi cerminan untuk penutur bahasa Russia sebagai bahasa kedua kerana beliau adalah seorang Turki-Eurasia. Kumpulan penyanyi ini dikenali sebagai Bojalar Guruhi dalam bahasa Turki-Uzbekistan.
 
Aku akan mencari lagi lagu Russia sama ada dari Russia atau bekas jajahannya di lain masa. Jumpa lagi rakan-rakan sekelian!

Agama Kepercayaan Orang Slav

 
Orang Slav seperti juga penduduk di rantau lain dunia, bukan merupakan penganut asal agama Nasrani atau Islam. Mereka menganuti agama-agama keturunan Abraham ini hasil dari kegiatan mubaligh Nasrani dan pendakwah Muslim di rantau lain.
 
Bacaan Awal
Tambahnkan bacaan lanjut lagi bagi mendapatkan pengetahuan dan pengetahuan yang kukuh berkenaan topik ini.