Pages

Latihan Menulis Bahasa Russia 1

Kita hanya akan belajar menulis huruf Cyrilic dahulu, ya. Belajar bahasa Russia sehingga fasih dahulu kemudian barulah kita menguasai bahasa Slav lain pula jika terasa rajin.

привет priviêt

Priviet bermaksud hai, helo atau salam.

как дела kak dila

Kak dila Apa khabar.

Tahap Permulaan

Cuba eja huruf 'e' dalam bahasa Russia:
  • метр miêtr meter 
  • метро miêtro metro, aliran bawah tanah, tube 
  • меня miêña saya
  • тебя tiêbiña kamu

Latihan Suku Kata

пи пе ри ре ви ти те

при пре три тре тир пир

ка ке да де ла ле та па ва

лак  дар пар кап лир два

Secara umumnya, latihan ini boleh didapati dari laman sesawang Russian for Free di internet. Laman sesawang ini sangat membantu dan aku ingin mencuba kaedah yang diketengahkan olehnya dalam projek jurnal ini. Sila berhubung dengan pentadbir laman sesawang tersebut sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut atau boleh berkongsi dengan aku pengalaman belajar bahasa Russia kamu. Aku ingin mendengar pengalaman kamu.

Terima kasih.