Pages

Isnin, 21 Julai 2014

Perayaan St. Cyril dan St. Methodius Bersaudara


 
Hmm, kelihatan agak rumit juga...

Walaupun sedikit sahaja dikenali di Malaysia, tarikh 24 Mei setiap tahun adalah merupakan hari cuti kebangsaan yang penting di negara-negara Eropah Timur. Ia adalah hari perayaan Huruf Cyrilic atau dirujuk juga sebagai Hari Saint Cyril dan Methodius. Rujukan lain adalah seperti Hari Huruf, Kebudayaan dan Pendidikan atau Hari Budaya dan Kesusasteraan Slavonic.
 
Huruf ini digunakan oleh lebih daripada 250 juta orang serta oleh lebih daripada 50 bahasa termasuklah bahasa Belarusia, Bulgaria, Kazakh, Macedonia, Russia, Serbia, Ukrain dan banyak lagi. Huruf ini dikembangkan pada awalnya di Bulgaria pada abad ke-9 masihi dan merebak menjadi asas kepada huruf bahasa lain, yang mengubahnya mengikut bahasa tempatan mereka.
 
Penciptaan huruf Cyrilic ini adalah sangat penting kerana ia mencerminkan kebebasan kebudayaan masyarakat Eropah Timur. Pada saat kesukaran, huruf ini menjadi alat pemeliharaan bahasa, sejarah, penulisan dan juga jatidiri mereka. Perayaan ini bukan sahaja mewakili huruf Cyrilic namun ia turut merayakan kebudayaan Slav dan Eropah Timur. Biasanya perayaan ini akan diikuti oleh perarakan dan majlis di mana sekolah-sekolah akan dihiasi dengan bunga serta gambar Saint Cyril dan Saint Methodius bersaudara.
 
Rencana pendek ini ditulis untuk kemaskini semula masukan ini pada 22 Mei 2021 pada jam 12.25 pagi. Selamat menyambut Hari St. Cyril dan Hari Kesusasteraan kepada rakan-rakan ahli Jemaah Gereja Ortodoks di seluruh dunia! 
 
Kredit Gambar: FontSmith  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan